Followers

Tuesday, 14 April 2015


WHEN YOU REALIZE THAT YOU ARE 
CONSTANTLY TREATING A PERSON 
A LOT BETTER THAN THEY TREAT YOU
IT'S TIME TO MAKE A CHANGES.

Friday, 6 March 2015

The 2015

Sekitar 2013 aku menghilang dari laman ini, terus menyepi sepanjang 2014. Kini aku kembali bersama tarian jemari ini. Namun seacap mana dapat aku tarikan jemari ini diatas butang-butang tajam ini aku tidak pasti. Mencuri masa untuk berehat adalah cara aku berehat sekarang. Harapnya sekitar izinkan aku berehat.

Sekitar 2014, apa yang terjadi. Banyak benda terjadi sekitar 2014. Biarlah ia menjadi kisah yang aku simpan sebagai pedoman diri sendiri. 2015 bermula dengan AZAM sebagai seorang ahli Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan memegang posisi sebagai Naib Yang di-Pertua 2. Bermula itu, mulalah perjalanan mencabar dan penuh dengan ujian.

Terima kasih semua yang membantu dan terus menyokong aku. Aku berhutang pada kalian.
Terima kasih terus bersama,
Terima kasih terus menyokong,
Terima kasih terus memegang..

Kalian adalah anugerah terbaik buat ku.


Selami ini, aku belajar erti syukur.


Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya selalu mensyukuri akan nikmat-Mu yang Dikau kurniakan padaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya daku tetap mengerjakan amal soleh yang Dikau redhai. Dengan rahmat-Mu masukkanlah daku ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” 
(An-Naml/27: 19).

Bukan kebahagian membuatkan kita bersyukur, tetapi bersyukur membuatkan kita bahagia

Wednesday, 1 January 2014

2013: Tinta yang mencari

Alhamdulillah, Allahu Akbar

Tahun 2013M telah berlalu dengan seribu satu onak duri dan ranjau. Ku tempuh dengan berani segala alunan yang datang walau kadang kala jatuh terduduk dek lincinnya jalan yang dilalui. Namun, bersyukur atas keberuntungan yang didatangkan khas oleh Al-Khaliq. Didatangkan orang-orang hebat di atmosfera hidup ini. Keluarga, Kawan, dan semuanya. Terima kasih kerana sudi menjadi pencinta, penolong, penyokong dan tak lupa juga pendengki, penjatuh dan pengkritik. Kehadiran anda telah memberi seribu inspirasi dalam hidupku. Perjalanan sepanjang banhtera 2013 banyak mengajar aku untuk bangkit dan terus bangkit. Perjalanan sebagai mahasiswa, besar tanggungjawabnya. Disulam pelbagai kepercayaan yang disemat dan diamanahkan amat berharga. Walau kadang kala diri ini selalu kecundang, tetap kita teruskan. 

2013 bermula dengan Fasilitator Master Your Leadership SMK Dato Perdana, Bachok. Diteruskan dengan Step Toward Ambitious Realisation SK Kuala Krai 1, STAR SMK Dato Hj Mohd Taib, Chemor, Perak, Kem Power SINAR ECER, Fasilitator MPPB Kolej MARA Kulim, Program Menabur Budi, Menuai Bakti Kelantan Selatan, Penceramah Jemputan di Program FSB tour di SMK Jeli, Kelantan,Program Lawatan Muhibbah PPKS UMK, Program susulan bersama adik-adik ECER SINAR dan Program Pembangunan Modal Insan SINAR. Banyak mengajar aku erti kehidupan. Harapan. Cita-cita. Kemanusiaan. Impian. Paling berat apabila ingin memutuskan untuk meninggalkan pimpinan Persatuan Bekas Pelajar PPKS UMK. Tapak yang aku sendri dan rakan-rakan menjadi pengasas harus ku tinggalkan dan serahkan keujudannya pada pimpinan lain amat berat. Namun, serah bukan sebarang serah. Datang yang lain. Secara rasminya, aku naikkan sebagai YDP Pembimbing Rakan Siswa Universiti Malaysia Kelantan untuk tahun 2014/2015. ALLAH. 

Tinta ini bukan menunjuk, tapi ingin dihati mengarang peristiwa buat tatapan diri ini dan generasi akan datang agar mereka tahu yang aku bukan mahasiswa layu yang hanya mengejar "pointer" sahaja, aku bukan mahasiswa "zombie" yang berkurung dibilik.Tinta ini  buat pengajaran hidup, ingin berkongsi apa yang dirasa dengan semua agar kita sama rasa apa yang orang rasa. 

2014 datang dengan seribu tanda tanya dan ketidakpastian. Apa yang ada dihadapan? Semoga kita bersama-sama dapat berpimpin tangan menuju ke jalan yang diredhaiNya. 

Terima Kasih Semua, Syukran Jazilan a'la kulli hall. 

Monday, 30 December 2013

Tuhan Jagakan Dia

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadamu
....

Hasrat :-)

Kusimpan hati ini padaMu Ya Allah. agar rasa ini sentiasa sama bahkan bertambah pada si dia. Ku berharap satu hari nanti pasti kan bersama. Namun, harapan ini, rasa hati bertambah buat Mu yang maha Esa. Akan ku usaha untuk perbaiki diri ini agar dapat mendidik, membimbingnya hingga JannahMu. Pasti. I.Allah :-)





BELAJAR DULU BOH! CARI PITIH BANYOK, BARU PIKIR NIKOH DEH :-)


Sayang

Kasih Sayang
Dunia ALLAH jadikan cantik pada pandangan mata. Ia dihias dengan pelbagai nikmat, keindahan dan kebahagiaan - rumah-rumah kediaman, taman-taman bunga, makanan yang lazat-lazat, anak-anak yang menghiburkan dan lain-lain. Antara seorang dengan seorang yang lain tidak sama kadar dunia yang dapat dimilikinya. Ada yang dapat memiliki rumah besar, pangkat tinggi, memperolehi sanjungan manusia, boleh bertukar ganti pakaian selalu, makan makanan yang enak-enak. Tapi ada juga yang hanya duduk di pondok buruk, dipandang hina oleh orang dan makan sekadar untuk mengalas perut.

Apakah maksud ALLAH tidak memberi dunia sama banyak dan sama rata kepada setiap hamba-Nya? Walhal tentulah setiap hamba itu mendapat kasih sayang ALLAH, kerana setiap yang ALLAH jadikan, ALLAH kasih melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Tapi takdir yang ditentukan ALLAH tetap tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri.

Kasih sayang ALLAH akan dimiliki oleh hamba-hamba-Nya yang dapat tunduk kepada takdir ALLAH. Sama ada dia ditakdirkan untuk jadi orang yang senang atau sebaliknya ditakdirkan mejadi miskin, dia tetap rela dan tidak merungut suatu apa pun. Dia tahu bahawa sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi hamba-Nya. Kalaulah takdir yang ditentukan itu baik, maka di sinilah peluangnya untuk menjadi hamba yang bersyukur, yang dapat memanfaatkan kebaikan yang diperolehinya itu bukan untuk dirinya seorang, tapi dapat dirasai sama oleh orang lain.

Kalaulah ditakdirkan kaya, dengan kekayaan itu dia akan dapat membantu orang susah, anak-anak yatim, janda, fakir miskin serta melakukan lain-lain kebajikan. Sehingga dia menjadi lebih hampir kepada ALLAH dan mendapat rahmat serta kasih sayang-Nya.

Sebaliknya orang yang ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik, tetapi dia sanggup bersabar walaupun dalam seribu kepahitan, maka ALLAH akan balas dengan rahmat-Nya. ALLAH akan hiburkan dengan dikurniakan kekayaan hati. Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa berbahagia dengan kebaikan. Hati sentiasa merasa ringan menghadapi kesusahan atau kemiskinan. Nasib malang yang menimpa dirinya sedikitpun tidak menyusahkan hatinya. Sebaliknya segala kejadian dan keadaan yang ada itu makin membuat dia terus bergantung hati bertawakkal dan menyerah diri pada ALLAH.

Dia cukup yakin ALLAH itu Maha Bijaksana. Maha Suci ALLAH dari tersilap dalam menentukan takdir dan perjalanan hidup hamba-Nya. ALAH Maha Adil , oleh itu apa sahaja nasib yang menimpa dirinya tentulah hasil daripada sifat adil-Nya. Justeru itu akan membuatkan hatinya makin redha, merendah diri dan semakin hampirlah hatinya dengan ALLAH.

Seorang hamba yang tidak redha dengan takdir atau nasib yang menimpa dirinya, seolah-olah dia tidak yakin pada keadilan dan kebijaksanaan ALLAH. Seolah-olah menganggap ALLAH tidak tahu kehendak hatiya. Walhal kerana Maha Tahunya ALLAH, yang ilmu-Nya meliputi segala sesuatu, maka ALLAH memutuskan takdir yang sebaik-baiknya untuk hamba-Nya. Walaupun pada pandangan si hamba takdir itu tidak baik, tetapi kalau dia betul-betul berserah diri pada ALLAH dia akan mendapat keuntungan daripada takdir itu.

Sebaliknya kalau seseorang yang direzeki dengan takdir yang baik dalam hidupnya, selalunya membuatkan dia terlalu gembira, bangga dan hingga dia lalai, hingga lupa kepada Yang Memberi. Maka takdir yang dianggap baik itu sebenarnya sudah tidak menguntungkan dirinya. Dia sudah berada jauh dari ALLAH disebabkan kelalaiannya.

Janganlah merasa iri hati atau dengki melihat nasib atau takdir yang baik yang ditentukan ALLAH terhadap orang lain sehingga kita berusaha untuk mendapatkannya. Walhal apa diuntukkan ALLAH kepada seorang hamba-Nya itu pasti tidak sama dan tidak dimiliki oleh hamba-Nya yang lain, yang tidak tersenarai sebagai penerima takdir itu meskipun dia berusaha bermati-matian untuk mencapai dan mendapatkannya.

Apa yang patut dilakukan oleh setiap hamba ialah redha menerima segala ketentuan atau takdir ALLAH sama ada yang dianggap baik atau tidak. Kerana pada hakikatnya setiap yang ditakdirkan dan ditentukan ALLAH itu adalah baik. Cuma yang membezakan baik atau tidak itu ialah hawa nafsu manusia. Mana-mana yang sesuai dengan kehendak nafsu dan hatinya dianggap baik. Sebaliknya yang menyusahkan dan nafsunya merasa tidak seronok, dikatakan tidak baik.

Janganlah kita mengukur ikut hawa nafsu yang tidak lain hanya mengajak kita menjadi engkar dan memusuhi ALLAH. Ikutilah nilaian dan ukuran ALLAH.

Kalau kita dapat menghadapi setiap takdir dengan banyak berserah, berharap dan takut pada kemurkaan-Nya tentulah setiap takdir itu akan menguntungkan kita. Untungnya kerana ia boleh menghampirkan diri kita dengan ALLAH.


Friday, 27 December 2013

Perjuangan Semester 3 Sains Gunaan Teknologi Pembangunan Produk.

Salam Alaik dan Selamat pagi,

Semester 3 sebagai pelajar jurusan Sains Gunaan Teknologi Pembangunan Produk akan melabuhkan tirai sepertimana berangkatnya 2013. Jika diimbau kenangan-kenangan sepanjang semester 3 ini, memang banyak imbauan-imbauan indah yang terukir. Kenangan berprogram tiada ganti. Program dianggap percutian bersama adik-adik ECER-SINAR menjadi penutup program semester ini. 

Program Susulan bersama adik-adik SINAR-ECER.
Program Pembangunan Modal Insan SINAR

Fasilitator yang osem - Airin, Kak Fathiah, Saya,, Kak Mun, Afiq

DI KIdzania Kuala Lumpur

Memerhati. TNB adik ni.

Sweet Memories with Mawi.

Adik-adik kumpulan saya. Sepanjang program lawatan ini, Aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga mereka :-) Miss you guys kids.


Menjengah peperiksaan akhir kini disulam dengan khabaran gembira bawaan angin tenang. Lama menanti. Disana selesai, disini tertunggak. Janji tak akan diubah. Selesai pendakian ilmu ini, selesai matlamat diri, akan terkota janji. Ku bawa bahagian buat Mak Ayah dan keluarga. Seterusnya akan terkota janji. 

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.
doa2
“ Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,
Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.
Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.”
(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s.”