Followers

Sunday, 30 October 2011

Syukur pada Allah... 3.51 is mine


salam ukhwah semua,
hari ni ana bersyukur sangat... memang ana tak sangka, betul sangat yang rezeki Allah memang tak siapa yang tahu, ana berjaya dapat 3.51 cgps for this sem, Thank Allah...

behagia di hati hanya tuhan sahaja yang tahu, ana call nak kasi tahu parent...
ana call ayah yang angkat... i told him that i made it to get 3.51 and he said "ha, boleh la tu... tambah lagi..." hehehe, time tu ana rasa seronok sangat maklumlah dulu ana pernah kecewakan mereka time SPM... n now, ana takkan biarkan kekecewaan tu datang lagi... i'll do my best for this semester and the last semester...

IsnyaAllah...

Saturday, 29 October 2011

kenangan UMK... day 2 and 3




salam ikhlas pengikat ukhwah,
ha... hari ini ana nak story u all semua cerita ana pergi UMK. actually post ana yang lepas ana da cerita dah pasal program ni, tpi tu cume untuk sehari saja... program tu best la juga... **eh... tedek jugak... best gile** masuk hari kedua, ana puas hati la... aktiviti best, makan sedap... fasi sporting... dan yang paling penting prof yang baaaiiiikk hati... hehhehe

actually ni pendapat ana, ana tak ambil pot yang lain ok,
first ana nak kasi tau pasal apa yang best dalam program tu...
ana dapat jumpa fasi yang juga kan menjadi senior ana pabila ana menjejakkan kaki ke UMK kelak... diorang ni memang sporting and cheers gile... mmg kene la dengan ana yang gile tak sudah ni,,**hahahha**
selain tu, makanan die sediakan jugak pergh... first class beb... Syukur Alhamdulillah.... tak cukup makan malam di dewan terbuka, kami dijemput makan malam dirumah prof pulak... **dekan fasa** wah... besh ya amat... masa riadah pun best jugak... walaupun kumpulan ana kalah, tapi bukan ana nak menang pun... yang ana nak kami semua enjoy and have fun jer... sebab nanti bile dah balik kolej kompom kene ngandap kitab-kitab kan... so, kite enjoy....
yang best tu time satu LDK tu group ana kena nyanyi lagu Barney and friends tu...
***i luv u, u luv me,...... dont u want to say u luv me too...***


pokok nya... macam2 yang best...
kami puas hati dapat jumpe kalian semua and dapat melawat semua kampus UMK yang kan menjadi tempat kami semua... hahhaha

next... firsti'm sorry to anybody yang terlibat dan terbabit...**iklas sorry**
mungkin masa aktiviti tu ada yang perasan dengan perubahan ana... ana memang tak pandai nak sorokkan emosi... sorry again... tapi memang ana tak berapa gemar la dengan aktiviti tu... setiap orang ada persepsi dia masing-masing, dan begitu juga ana... ana adaa persepsi ana sendiri... to be honest, the activity is aerobic... tidaklah ana cakap ana tak suka senam... ana memang suke aerobic, dance, dan act... tapi yang kurang benar cara dan pelaksanaannya... saya yakin ada antara *+(** masa tu sedar perbuatan ana yang berpura-pura ke tandas... padahal ana malas nak tengok apa yang tak sepatutnya ana tengok...
sekali lagi ana mintak maaf...
memang dunia U mcm tu kot... ana aje yang belum biasa, dan ana mohon yang ana tak kan terbiasa... mohon perlidungan Allah yang Esa...

tapi aktiviti lain memang ana suka... we truly have fun... syukran jazilan 'ala kulli hall...

semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang...
jazakumullahukhoiran jaza... 


Thursday, 27 October 2011

Program Sillaturrahim PPKSUMK di UMK 1


salam mesra...

hari ni pengalaman aku ke UMK. hahahha,,,, best jugak... kami bertolak dari kolej jam 7.00 pg... dalam perjalanan mcm2 ade.. yang paling teruja ialah, Subhanallah... sungguh indah ciptaan Allah... pemandangan yang menenangkan, kesegaran, hanya itu yang mampu aku gambarkan... gambar??? u all nak tengok gambar?? nanti la ana upload... 

sekarang ana di villa impana, pengkalan chepa... tidor hotel...hahhaha malam ni kami PPKS dijemput untuk makan malam bersama warga UMK di dewan terbuka kampus UMK taman bendahara.... yang lawak nya,... makan tu satu hal.... yang nak gelaknya, tetiba ja aku dipanggil tok buat spont speech... hahhaha.... cuak gile. dah le tak bagi warn , tibe2 je deme panggil aku.. last minutes prepare... mcm tu la... Sue pun kene jugak, dia kena nyanyi... hahhah

tak habis kat situ, masa last dinner tu... kitorang kne nyanyi lagu UMK... sume fasi kene naek atas n kami nyanyi kat bawah... but not for me and Sue... ade ke patut abang *** (aku lupe nak tanya name) **esok aku tanye nama dia k... hahha dia tarik aku n soh aku join deme dance kat ats stage... hahhaha... very the appreciate ... wah,, tu la saat2 best aku kat sini... 

apa yang penting,,, student UMK ni best2 belaka...
sporting seh..
haha,
sok kami ade program lagi...
esok i'll report it for u all k..
da...

Tuesday, 25 October 2011

my birthday was past

salam ukhwah penambat bicara kali ini, Alhamdulillah dapat juga ana meluangkan waktu untuk mencoret disini... setelah beberapa hari mendiamkan diri, bukan apa, cume inging menyepi buat seketika... 

21/10/2011
genaplah umur ana 18 tahu, syukur tuhan masih beri peluang untuk ana meneruskan hidup ini, Allahmdulillah...


terima kasih tak terhingga buat mak dan ayah yang telah membesarkan "achik" selama ini,
segala pengorbanan kalain amat ku hargai, hanya Tuhan yang mampu membalas jasa kalian.

hari tu kebetulan birthday ana jatuh pada hari jumaat, kolej cuti and kami un bersiap2 la nak pergi solat jumaat, hahah,,, nak dijadikan cerita ana tersadung pintu tandas dan "dush" ana jatuh... hahha skit nye hanya Tuhan je yang tahu, KUAT!!! ana pun siap2 la dan trus meneju ke masjid...
habis solat jumaat, masa nak balik kolej, hujanturun dengan lebat... basah kuyup kami kehujanan..."sekali sekala maen hujan best jugak" dan tibe2 "dush" lagi sekali.... kali ni kene "prank" dengan bas da,,, lecun kami disimbah air.. hahaha
hadiah birthday la katakan.

hari berlalu,
minggu ni ana tak terlalu sebuk sangat, anak ada exam MUET speaking dan siapkan semua tugasan yang penyarah beri... tapi kadang kala pening jugak nak handle tugasan2 ni,,,

antaranya ialah 
  1. mimosa pudica : kajian bio business
  2. herbicide : application on agriculture and the regulation
  3. phytochemistry in mango
  4. biotechnology in agriculture : seedless watermelon
  5. entrepreneurial behavior
  6. entrepreneurial motivation
  7. communication system : hand phone


itu lah apa yang ana belajar disini buat masa ini...
semakin hari, semakin ana mengerti apa itu erti kehidupan dan kekuatan,
untuk terus hidup ana harus kuat menghadapi dugaan dan cabaran yang mendatang tak kira dari penjuru mana dan sumber halangan yang mana...
ana harus kuat...



Tuesday, 18 October 2011

cerita dan rasa...




salam manis...

hari ni aku ade muet speaking exam, bagi aku ok la.. 
Alhamdulillah boleh jawab dengan lancar dan selesa,
lepas muet exam tu aku rushing gle,
mane xnya, lepas tu aku blik pergi DS(dewan selera) untuk makan tengah hari, 
then, 
i think class da xdek..
tiba-tiba,, tgh lepak2 masuk masej said class in onn... oh y Godness..
ape lagi, class on 2.30 pm,, now? 2.28 p.m.
apa lagi rushing gla la.. tup2, cikgu lax xdatang... hampeh, time balik tu tetibe tringat yang wallet aku xdek dalam beg, ape lagi, aku clam giler la time tu, naik la bilik balik, sampai bilik tgk2 xdek. pergh.... serabut weh, rush balik k dewan 409(uadah le dewan tu atas bukit...) redha jla..
sedihnye,, dewan kunci... aku pulang k dorm dgn hampa dan sedih, aku just berharap pada Tuhan yng wallet aku selamat. aku solat asar n pastu aku tringat yang dulu aku pernah hilang walle juga n then aku bace surah Yaasin, aku pn baca lah sambil berdoa di setiap perkataan Mubin... lepas tu aku terlelap..
aku sedar jam dah 6.15 pm... aku trun ramai2 ngan kawan2 nak ke pondok jaga mintak dia bukakkan dewan 409 tu,,, kebetulan jaga lalu depan dorm, apa lagi dia pun tumpangkan aku naik moto dia dan kitorang terus ke dewan atas bukit(409) syukur kepada Tuhan, wallet aku ade kat situ...
mase tu aku rase besarnya nikmat Tuhan, aku bersyukur gila, dah la dalam tu ada lesen kereta, atm card, sspn card, mcm2 lagi...
"kadang2 aku terfikir, mungkin Allah bagi aku ujian macam tu untuk sedarkan aku agar kembali kepadNya, mungkin aku lalai..."
jadi konklusinya, setiap kejadian ynag menimpa ada hikmahnya...



cerita ke dua pulak:
pergh ni agak pedas lah,, memang la aku ni mulut xmakan saman, suke cakap lepas, tapi sejahat2 mulut aku pun, aku xdek la sampai menyinggung perasaan orang, aku xdek la kata "eh kau ni mcm sial la, mcm jantan la" xdek la aku ckap kat orang tu mcm tu...
aku tau aku ni xperfect, xmcm kau, aku ini ade kekurangan aku, ade juga kelebihan aku, mungkin ko xtahu kot setiap manusia ni ade kelebihan dan kekurangan, dan mungkin juga kau ni xtau mcm mane nak tegur atau kritik orang, aku rase kan kau ni patut pergi kelas motivasi atau belajar how to critic somebody, dalam islam pon xlarang untuk kritik orang tapi jgn lah smpai memalukan ornag tu dan biarlah in the best way,... kadang-kadang aku ni walaupun nampak mcm xdek prasaan, tp aku ni ada presaan, memang la time kau kate kat aku tu, aku buat selamber jek, tapi kau xtau ape yang aku rase, malu, segan, semua ada...  kau slalu cakap aku mi .... knpe? kau jeles sgt ke dgn aku? aku pakai itu salah, ini salah, aku buat itu salah, ini salah... apa yang betul kat mata kau? aku pun xtau,, tapi satu perkara yang aku nak kau tau, aku xkan ubah apa2 sebabkan kau, aku kan still dgn diri aku, cara aku,dan hidup aku, fullstop!!! 
kalau kau bace entry ni aku mintak maaf sbab aku xboleh nak penuhkan hati semua pihak, n sometimes aku jugak kne puaskan hati aku, 
mcm petang tadi kalau aku xrush gi kelas, aku xkan pakai la mcm tu, dah la panas, bilik jauh, datang kelas dengar kau pulak membebel pasal itu ini,,, sape xhot, tapi aku mls nak panjangkan cerita, aku tulis kt sini pon sebb nak lepas geram jerk... 
ok la,,, aku mintak maaf pada sesiapa yang pernah tersinggung dengan aku dan yang xselesa dengan perwatakan aku....  Sorry... but again  I'LL NEVER CHANGE BECOUSE OF U!!!


OK,, ma'aslamah, wa ilalliqa'

Monday, 17 October 2011

kawan biar beribu


salam alaik...

hmp.. hari ni ana dapat kawan bru,,
actually dye ni ana slalu tgur tp dalam fb jer....
hari n, time ana nak p mkn lewat mlam kat ds,
tetibe je dye men cuit2 bahu ana,
hahhah,
quit supprise,
tgk2 die rupe nyer...
huh.. pastu smbang la an dye,,,
best la jgag dpt smbang n buat kawan baru

bak kata pepatah, kawan biar seribu,
n
for business, kawan blh kuatkan kita punya link n connection,, kan2...

so,,
just make friend with everybody you like,
k..

da

muet is coming


mohn keredhaan Nya agar exam muat speaking esok berjalan lancar dan dilimpahin dengan idea yang bernas dan kata2 ku dapat memikat hati examiners... amin...

Sunday, 16 October 2011

untittle....




TANDA-TANDA CINTA SEJATI .. ♥ ♥ ♥
Orang yang mencintai kamu tidak pernah dapat memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu, yang dia tahu dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya,dimatanya kamu selalu yang tercantik/tampan dan paling baik walaupun kamu merasakan diri mu biasa2 saja.

Dan jika kamu menghindarinya atau menolakan, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupanmu walaupun perkara itu membunuh hatinya. Kerana yang dia inginkan hanyalah kebahagiaanmu..

Saturday, 15 October 2011

Nur Bahagia...



Dalam perjalanan menuju Nur bahagia, Kadang kala aku jatuh tersungkur, Menyembah kebumi yang dijijak seharian, Tika dan detik itu, Ku terfikir, andai ajal datang menjemput, Adakah mampu untuk mengecap bahagia?
Tatkala nurani ku bertanya, Lantas, hiba hati mengenakan dosa lalu, Jatuh, rebah, terpaku di muka bumi, Imbauan hitam kembali menghimpit, Kaki semakin tak terdaya, Jantung seakan berhenti berdetak, Sebak hati menghantui perasaan, Kejahilan lalu semakin menghantui,

Ego  semakin menunduk, Dek kerana hikmah Nur Yang Maha Esa, Terdengar indah bait ayat nur kasihNya, Membuat hati lemah kembali bertunjang, Menyubur hati bertunjang kasih, Telah aku merasakan kala hati terawang jauh, Tiada tali menyangkut hati, Kosong terasa dijiwa kerana hilnag dijalanMu ya Tuhan….

e-usrah


salam mesra dari BDK...

uallz semua pa kabar ya?
ahhaa..
actually lama juga saya xupdate blog ni...
mklumlah dah sibuk skit dengan assigment la...
ok, kali ni BDK nak cerita la kat uallz semua yang BDK baru sertai satu program ni,
nama dye e-usrah(mengepung dunia dengan kebaikan)
acuatlly setakat ni baru usrah yang pertama..
program ni bgs la, bg sesiapa yang sibuk dan xsempat nk turun usrah,
kan senang dpn laptop pn blh usrah,
bgs sgt,, 5 bntang BDK kasi...

namun, BDK diberi tahu yang team usrah ni memerlukan bantuan untuk membeli soft. go to meeting yang digunakan dalam aktiviti usrahnya.
diharapkan kalau yang berkemampuan untuk menyunbang boleh la klik link kat bwh nnti k...

ok la... salam perkenalan buat yang bru menjejakkan kaki ke laman contengan BDK.
jgn rundu2 tau,,, ok... 
salam...

klik link bawah ni untuk mengetahui lebh lnjut ttg e-usrah k... chill
https://www.facebook.com/Eusrah

Saturday, 8 October 2011

N.O.W


alahai...
tak tahu nak kata apa lagi...
kehidupanku disini kini semakin rancak,
sekarang ini aku dah masuk dalam semester dua...
masih berbaki satu semestar lagi untuk aku melengkapkan kurus aku disini,

seperti dulu-dulu,
aku seorang pelajar yang xreti nak duduk diam,
ade saja aktiviti yang aku sertai,
sama macam disini juga,
aku dah mula menyertai pelbagai kelab,
walaupun aku disini xslalu bersama dengan budak matrikulasi,
tapi dengan aktiviti yang aku join ni, bolehla aku buat kawan,
mmg ramai kawan baru yang aku jumpa...

antara aktiviti yang aku sertai kini adalah,
islamic centre society,
pengerusi biro publisiti kolej kediaman,
sidang redaksi...
buat masa sekarang tu sahaja yang aku sertai,

btul kata orang, kalau dah terbiasa hidup dalam kerja yang menimbun, memang sentiasanak buat kerja,,,
hahhaha... xreti duduk diam....

tapi
apa yang aku nak u all tau,
i'll miss my friend time kt smkasas...





Thursday, 6 October 2011

aku adalah manusia biasa

Berkata Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a :
“Aku adalah manusia biasa dan aku bukanlah manusia yang terbaik di antara kamu. Apabila kamu semua melihat perbuatanku benar maka ikutilah aku tetapi apabila kamu melihat perbuatanku salah maka perbetulkanlah aku.” (Ucapan sewaktu dilantik menjadi khalifah)
“Semenjak aku masuk Islam belum pernah kukenyangkan perutku hanya kerana ingin merasakan segarnya beribadah dan belum pernah aku merasa puas minum kerana sangat rindunya aku terhadap Ilahi.”
“Orang yang cerdas ialah orang yang bertakwa. Orang yang dungu ialah orang yang derhaka. Orang yang dusta ialah orang yang khianat. Orang yang benar ialah orang yang dapat dipercayai.”
“Kami diuji dengan kesusahan maka kami sabar tetapi ketika diuji dengan kesenangan (kemewahan) hampir-hampir kami hilang sabar.”
“Manusia yang paling celaka ialah raja-raja. Kebanyakan mereka ketika berkuasa bersikap zuhud terhadap harta sendiri tetapi tamak kepada harta orang lain.”

Sunday, 2 October 2011

harapan...







kadang kala, tika aku duduk sendirian, aku teringat akan seseorang ni, i don't know how to describe him, tika aku mula melangkah ke situ, ke sedar aku insan yang lemah, serba kekurangan, aku harus terus belawan dengan persekitaran yang serba menyesakkan.

bertahun lamanya, aku berusaha, dan akhirnya aku berjaya disitu,
pada satu hari, aku telah diamanahkan untuk menjaga seseorang, seorang yang lebih muda daripada ku, aku gembira dengan kehadirannya, aku mengajar dia bagaimana mengenakan pakaian rasmi yang betul, pergaulan, mengaji dan sebagainya, kadangkala kami makan bersama...

dilahirkan sebagai anak bungsu memang selalu membuatkan aku teringin untuk ...
hari-berganti hari, perubahan mula terasa, persahabatan yang dulunya setenang air di laut, kini telah bergelora, aku kurang pasti mana cacatnya, bahagian mana yang kurang...

akhirnya....



mengapa?
hingga kini aku masih belum mengerti, mana kekurangan dalam persahabatan kami, hanya tuhan yang mengetahui,
aku masih berharap agar persahabatan kami kembali terjalin,




Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa dicintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu, dalam hidupmu

Telah lama ku pendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

[Reff:]
Ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja










Saturday, 1 October 2011

bunga hati...



saban hari aku menempuh jalan-jalan penuh berliku,  terkadang ianya sungguh indah, disinari seribu warna yang berbagai, warna kegilaan teruna dan dara, tapi, kadang kala jalanku terpesong kesana dan kesini, tika itu, aku umpama di awangan, terkapai-kapai mencari jalan pulang...

dalam kesamaran jalan menuju rumah yang abadi, aku bertemu engkau, namun, pertemuan itu cuma sementara, kita berpisah atas kehendaknya, setelah betahun aku dalam dunia aku sendiri, akhirnya, kau menjelma kembali, membawa satu makna baru, namun kali ini, pertembungan denganmu membawa aku agar lebih dekat dengan Pencipta, perkenalan kali kedua ini membawa aku benar untuk terus berserah...

aku berserah kepada ketentuanNya, jika ditakdirkan kau lah yang menyimpan rusukku, pasti kau akan kembali bersamaku, namun, aku harus bersiap sedia untuk itu, sebelum semuanya terjadi, harusku padam rasa rindu dihati, agar kau tidak terus-terusan diselubung dosa zina hati, agar nikmat kasih itu dapat berkalan hingga ke akhirnya...