Followers

Wednesday, 9 November 2011

kelebihan Mimosa Pudica-semalu~ kajian biology in industry




salam..
ini adalah assigment bio ana, sj nak upload, mungkin berguna buat pembaca sekalian...


PENDAHULUAN
Mimosa Pudica atau lebih dikenali sebagai pokok semalu ataupun bunga semalu adalah sejenis tumbuhan renek dan mempunyai batang yang tegak ketika muda tetapi menjalar ketika matang. Pokok Semalu dianggap sebagai rumpai kerana durinya yang tajam amat mengganggu. Selain itu Semalu juga merupakan rumpai yang tegar. Ini disebabkan walaupun ia dipotong, umbinya atau akar yang tertinggak dalam tanah mampu tumbuhkan pucuk baru. Selain itu bahagian batang yang telah di potong mampu menumbuhkan akar baru dan tumbuh sebagai pokok baru. Pokok Semalu juga mampu membiak melalui biji benih.

Keadaan ini menyebabkan seolah-olah tumbuhan ini tidak embawa apa-apa kebaikan kepada manusia amnya. Namun, menurut pendapat orang – orang tua, tumbuhan ini memberi banyak manfaat kepada masyarakat dalam dunia perubatan. Namun, kajian yang menyeluruh tentangnya masih belum dijalankan.

NAMA SAINTIFIK
Description: C:\Users\User\Documents\nota ppks semester 2\biology\Mimosa pudica - Wikipedia, the free encyclopedia_files\220px-Mimosapudica.png

KINGDOM       : PLANTAE
ORDER                        : FABALES
FAMILY            : FABACEAE
SUBFAMILY     : MIMOSOIDEAE
GENUS             : MIMOSA
SPECIES           : M.PUDICA
KEGUNAAN DALAM PERUBATAN
Produk yang berasaskan pokok semalu ini telah ada di pasaran Malaysia, namun penerokaannya masih berkurangan. Di Malaysia, kebanyakan produk yang berasaskan semalu in hanyah khusus untuk kegunaan wanita sahaja. Masih banyak lagi khasiat pokok semalu ini yang masih belum dikatahui umum.
Menurut ahli sains:
·         Mimosa pudica yang telah diekstrakkan boleh membantu dalam mempercepatkan pergerakan “filariform larvae” yang terdapat didalam “strongyloides stercoralis” kurang daripada satu jam. Strongyloides stercoralis adalah sejenis parasite yang boleh hidup dalam badan manusia dan kewujudannya akan menyebabkan penyakit dan bertindak sebagai parasite kepada manusia.

·         Dalam perubatan kontemperori, kajian telah menunjukkan ianya berpotensi untuk dalam penghasilan compound chemotherapeutic. Ianya mengandungi alkaloid yang dinamakan mimosine.

·         Kajian juga menunjukkan bahawa akstrak akarnya boleh membantu untuk meneutralkan racun daripada gigitan ular tedung. Mimosa pudica boleh merencatkan myotoxicity dan aktiviti enzim yang ada dalam racun ular tedung.

Menurut petua orang tua-tua,
·         Daun                            -  boleh digunakan untuk menghasilkan mandian.
·         Batang dan daun         – digunakan pada bahagian yang digigit binatang berbisa.
·         Air daripada batang    – merawat sakit tekak, demam, dan batuk.
·         Akar                             – buah pinggang, pelawas kencing, dan sakit perut.
·         Batang dan akarnya    – mengubati kekejangan dan merawat tapak kaki/tangan yang  
    merekah.


CARA MENGGUNAKANNYA MENURUT PERUBATAN TRADITIONAL

·        Membuat mandian
Mengutip bahagian daun termasuk akar semalu dan dibersihkan dari kekotoran tanah. Masukan dalam periok dengan air bersih bersama sedikit buah manjakani,garam kasar dan asam keping,kemudian rebuskannya.Tunggulah sehingga asam keping itu kembang dan biar airnya suam sedikit.Air semalu ini boleh dibuat air mandian.

·        Kekejangan dan kulit merekah
Mengambil beberapa batang pokok semalu bersama akarnya sekali kemudian campurkan sedikit kapur dan tumbuk sehingga lumat .Seterusnya sapu bahagian yang terkena peyakit tersebut. Jika boleh ulang beberapa kali sehingga masaalah tersebut selesai. 

·        Digigit binatang berbisa
Batang dan daun tumbuhan ini boleh ditumbuk dan ditampal pada bahagian yang digigit oleh binatang bisa.

·        Bengkak, luka dan bisul
Menumbuk daun tersebut bersama kunyit makan (Curcuma domestica)dan sejenis tumbuhan yang digelar orang kampong sebagai kerak-kerak nasi (Terenia polygonaides). Kemudian tampal pada bahagian yang sakit.




KELEMAHAN
·         Pokok yang berduri.
·         Tidak boleh ditaman bersama tumbuhan lain seperti pisang,jagung dan tomato.
·         Pokok yang telah kering mudah terbakar.
·         Untuk menghasilkan sesuatu produk, ianya berkemungkinan diperlukan dalam kuantiti yang banyak.
·         Menggunakan kos yang tinggi.
·         Mengadungi mimosine yang boleh menggugurkan rambut jika digunakan degan tidak betul sukatannya.


JANGKAAN PASARAN
Jangkaan pasaran bagi produk berasaskan Mimosa pudica, semalu, ini akan mendapat sambutan yang tinggi. Disamping itu, ianya merupakan alternative terbaru dalam bidang perubatan terutamanya dan sumber untuk tumbuhan ini mudah untuk diperolehi. Dimana ianya tidak akan mati sekiranya dicantas begitu sahaja. M.Pudica juga amat mudah untuk tumbuh dalam iklim cuaca di Negara kita.
Disebabkan proses untuk menghasilkan produk ini agak sukar walaupun sumbernya mudah didapati ini mungkin menyebabkan harga untuk sesuatu produk akan tinggi.













PENAMBAHBAIKAN DIMASA HADAPAN
Produk ini boeh dikomersialkan dalam bentuk ubat-ubatan samada dalam bentuk krim sapu, cecair, mahupun tablet. Selain itu, ianya juga boleh dikomersialkan sebagai bahan mandian samada dalam bentuk buku mahupun cecair.
Sungguh merugikan jika nenek moyang kita mampu untuk menggunakan sumber ini  dalam kehidupan seharian mereka,tetapi kita sebagai masyarakat yang maju dam dilengkapi dengan peralatan moden kini, tidak mampu untuk menghasilkan sesuatu yang baru daripada idea yang mereka telah hasilkan.
Contoh penambahbaikan :
Bahan
Kegunaan
Alternative
Daun
Mandian
Diproses dikilang dan komersialkan dengan pembungkusan yang menarik (sabun)
Luka,bengkak dan bisul
Diproses menjadi krim sapuan agar lebih mudah untuk dikomersialkan
batang dan daun
Digigit binatang berbisa
Diproses dalam bentuk krim atau plaster luka yang boleh dilekatkan dibahagian gigitan
Bersama akarnya
Kekejangan dan rekahan kulit tapak tangan/kaki
Diproses dalam bentuk krim/losyen
Akar
Menyembuhkan bisa ular tedung (cobra)
Diakstrakkan dan dijadikan sebagai ubat krim sapuan
Table I : produk akan datang.
Untuk dikomersialkan, usahawan harus :
1.      Menggunakan stratergi pemasaran yang betul.
2.      Menggunakan segala medium penerbitan untuk tujuan pengiklanan.
3.      Melantik duta untuk produk ini.
4.      Memberi pendedahan tentang produk ini kepada pelancong asing.



                                                                  
RUJUKAN

No comments:

Post a Comment