Followers

Wednesday, 16 May 2012

Sehari di SMKASAS : Selamat Hari Guru 2012

Selamat Hari Guru buat guru-gur yang pernah mengjar aku selama ini dari tadika, sek rendah, sek menengah dan Kolej MARA Kulim... juga buat mereka-mereka yang telah mencurahkan ilmu kepada aku selama ini hingga aku boleh berdiri dalam masyarakat sepertimana sekarang. Dari aku "zero" sehinggalah aku "hero"...


Guru, sungguh mulia pengorbanan yang kalian curahkan buat kami anak didikmu...

Sempena Hari Guru 2012 ni, kami ex-student SMKA Sultan Azlan Shah 06-10 telah ramai-ramai berkumpul di SMKASAS bagi sama-sama memeriahkan majlis sambutan tahun ini. Sangat teruja bila pertama kali melangkah kembali ke SMKASAS sejak setahun lepas. Teruja melihat semua perubahan yang telah berlaku, teruja untuk kembali mengingat memori-memori yang pernah terpahat dalam hidup aku sepanajng bergelar pelajar SMKASAS...



Berjumpa kembali dengan guru-guru memang membuatkan aku sangat gembira, bukan apa,,, aku gembira bilamana melihat riak wajah guru-guru yang aku temui, semuanya seakan bangga melihat perubahan yang telah berlaku dalam hidup anak didik mereka... pertama kali melangkah ke SMKASAS pada tahun 2006, semuanya kelihatan kecil dan sempit, namun, kehadiran para guru lah yang telah membesarkan dan memperluaskan pandangan kami terhadap alam ini...

pengalam hari ni? memang terbaik,,,, sampai SMKASAS jumpa para guru dan yang penting, dapat jumpa kembali dengan kawan-kawan, walau tak semua hadir ... maklumlah, sekarang masing-masing dah mula untuk bergerak diatas landasan masing-masing, mengejar cita-cita masing-masing... banyak cerita yang boleh diceritakan hanya dalam beberapa jam pertemuan... indahnya persahabatan...

Yang lain pula, masih ada junior-junior yang ingat lagi kepada kami, especially aku la... tu paling teruja,,, aku pula tak ingat diorang...Sorry ye dik... gembira dapat berjumpa kalian,walau orang yang aku harap untuk berjumpa tidak dapat aku temui...  entah bila lagi kita akan dipertemukan... 

tiada apa yang dapat mengungkapkan kegembiraan ini walaupun dikarang dan di fotokan... hanya memori yang bisa menyimpannya...

jom tengok gambar...


 kad ikhlas dari pelajar SMKASAS buat guru-guru




persembahan pelajar



gambar kenangan bersama guru-guru SMKASAS



kenangan bersama teman yang hadir



buat teman-teman:
semoga kalian akan berjaya dan mencapai impian masing-masing...

buat guru-guru:
semoga usaha mu dirahmati dan diberkati... keikhlasan mu membuahkan hasil di-Sana kelak... 


7 comments:

  1. sedey weee..... bila dah balik umah jeee.. teringat kat semu.. cikgu2 n kawan2 yang lain.. tanpa cikgu, tak tahulah apa nk jadi dgn kitaaa~~~

    ReplyDelete
  2. ye,,, btul2,, kenang balik mmg sdey...

    ReplyDelete
  3. yeyeee.. sedut gambar la kan.. same la kitaaa.. sedut kat fb.. ha3..

    ReplyDelete
  4. tunggu la sampai aku ade lumix sendri,,,,

    ReplyDelete