Followers

Wednesday, 14 November 2012

:-) No tittle,, But, This is about JASIH

salam
Entry kali ni, ana nak cerita tentang SAHABAT, FRIEND, SODIQUN, ZAMILATUN...


actually ana baru balik dari organize satu program di Kolej MARA Kulim bersama junior2 PPKS UMK (asasi UMK la)...

nama program tu JASIH (Jalinan Kasih). Kami senior2 PPKS yang dah kat UMK yang bagi nama. Nama JASIH ni merupakan kesinambungan dari matlamat dan objektif program tu sendiri yang mana ingin mengeratkan hubungan sesama pelajar PPKS dan memperkenalkan UMK senderi pada anak-anak UMK. Kami juga berhasrat nak bawa UMK kepada mereka.


Masa program ni dijalankan, banyak benda ana nad the team belajar. Kami belajar cara nak handle peserta dan urus emosi. Sebenarnya, kami semua takut penerimaan pelajar masa tu sampailah ke aktiviti pertama. Lepas tengok respons dari peserta program baru la kami rasa loose sikit. Program kali ni, banyak pendekatan baru yang kami ambil sebagai contoh kami melibatkan beberapa orang peserta dalam mesyurat post-mo term dan mereka juga dikehendaki untuk merancang satu aktiviti dimana masa kativiti itu, kami barisan fasilitator yang jadi peserta bersama rakan-rakan mereka yang lain tanpa pengetahuan rakan-rakan mereka. 




Program berjalan selama 3. Respon peserta cukup baik memandangkan ini program pertama kami bersama peserta berumur 18 tahun keatas, kami letakkan program ini sebagai "BERJAYA". 

Bercakap tentang slot terkhir (slot penutup). Masa slot ni, terasa seperti satu keajaiban berlaku. Dimana mood ukhwah tu tiba-tiba ja active tanpa disedari. Sorang demi seorang peserta tampil kehadapan untuk meluahkan apa yang terbuku dan kami yakin, ini merupakan tanda yang baik. Selesai slot penutup, mcam kebiasaan, kami semua berkumpul dalam bilik mesyuarat. Feedback dari peserta memang mengagumkan kami. Pada petang yang sama juga, mereka mengambil alih slot riadah dengan slot mereka sendiri. Sungguh kami barisan fasi memang seronok sebab tiba-tiba jadi peserta pulak kan? hahahha

Masa feedback, mereka kata bahawa akhirnya mereka sedar betapa susahnya untuk mengadakan satu aktiviti untuk peserta yang ramai. Tapi, objektif utama bukan itu, kami adalh untuk bagi mereka pengalaman mengendalikan program dan kami ingin melihat bagaimana mereka menguruskan aktiviti. Ternyata mereka berjaya! 



Memang pengisian program ini lebih kepada motivasi dan sahabat. ternyata lagi sekali kami berjaya. Nampak ukhwah mereka kembali terbina. :-) Malam penutup tu, semua kami telah mengalirkan air mata ikhlas baik peserta juga fasilitator. Bagi kami fasi, walau baru beberapa kali jumpa dengan junior2 ni tapi rasa ukhwah yang terbina dalam pertemuan singgkat ini, benar2 utuh. Hinggakan personally, waktu nak tinggalkan kolej ni, ana rasa sebak sangat. Masa tu ada 2 orang pelajar iring ana sampai ke post-guard. sangat sebak. Waktu tu, ana makin faham jika ukhwah terbina atas landasan keikhlasan....

Kepada jr2 PPKS, kami senior2 menanti anda semua di UMK :-)


No comments:

Post a Comment