Followers

Wednesday, 30 January 2013

Celahan Waktu ^^

Salam "alaika/i...


Rasanya lama sungguh tak bertandang dan berceloteh di laman BDK ni kan? Bukan apa, baru kini terasa hidup sebagai seorang mahasiswa amat sibuk dengan pelbagai aktiviti ditambah pula dengan kekangan untuk mendapatkan "connection" internet yang sangat lemah. 

:-) mungkin agak terlambat, tapi sempat lagi selagi nyawa masih dikandung badan, selagi nadi masih lagi berdenyut, selagi itu lah ade kesempatannya untuk ana ucapkan selamat datang 2013 / AHLAN WASAHLAN 2013...

Bebual tentang 2013 ni, macam-maam terlintas dalam fikiran ini. yang pertamanya mestilah... "Ya Allah, dan 20 tahun dah umur aku ni". Sedar tak sedar dah umur 20 thun. Orang kata bila dah masuh 20an ni kene jaga perangai, kena lebih matang, tak boleh buat perangai macam budak belasan tahun lagi dah... itu semua buat ku terfikir... tak mungkin. Kita semua ada kelainan dalam diri masing-masing. Untuk menjadi ceria atau tidak itu adalah hak masing-masing, nak bersikap keanak-anakan tidak salah, cuma perlu lebih matang, biarlah bertempat... tak gitu kawan-kawan?



Sekali lagi cakap tentang 2013 tahun baru masihi ni tak lari mesti kita akan sembang tentang AZAM tahun baru.. ye tidak?

Apa azam tahun baru anda? 
Bagi ana cukuplah agar berdoa untuk diperbaiki diri disamping berusaha kearah  pembangunan sahsiah dan sosial agar lebih terdidik mengikut acuan Allah yang maha Esa. Dipohon juga agar diri ini selalu dijauhkan dari maksiat dan punca-punca yang boleh menarik diri ni kelembah kemaksiatan. Itu yang utama. Sebagai seorang maasiswa, mahasiswa mana yang tak nak gelaran "Anugerah Dekan"?? itulah matlamat ana untuk tahun ni. Selain itu, hasrat untuk terus cemerlang dalam setiap bidang dan aktiviti yang disertai dalam misi untuk menyediakan diri kearah "all rounded person". Kelab-kelab seperti PRS dan i-Pro menjadi platform yang menarik.

Kat sini suka nak kongsi sikit aktiviti semester 1 bergelar mahasiswa UMK.

KARNIVAL SUKAN KAMPUS UMK KAMPUS JELI









DALAM MAKMAL (tengah buat sample pokok untuk diawet)


dah siap :-)
 KEM KEPIMPINAN SEKRETERIAT PENCEGAHAN RASUAH UMK



MALAM PERMATA GEMILANG PEMBIMBING RAKAN SISWA UMK


Dengan pengarah projek " Cik Mas"

posing jap :-) 
Akhir kalam, buat rakan sahabat seperjuangan :-0



No comments:

Post a Comment