Followers

Thursday, 7 February 2013

150juta-ainan tasneem ♥♡♥♡♥♡

Lirik Lagu 150 Juta – Ainan Tasneem

Hari ni, nak share satu lagu yang ana baru dengar kat U-tube semalam, lagu yang simple tapi best.
Sekarang ni dah xde mood nak layan lagu-lagu yang berat dan lirik yang berbunga-bunga. Sekarang ni agaknye trend orang layan lagu staight to da point kot :-p hehehe tapi seyes, even lirik die simple, tapi sangat catchy ..

layan ...


Untuk kali ke seratus lima puluh juta
Mereka tanyakan engkau soalan yang sama
Eh kenapa kau masih lagi mahukan dia?
Apa kau buta apa kau pura-pura suka



Di seratus lima puluh juta kali itu
Di depan semua engkau tarik tangan aku
Yang sedang buat muka kosong tak ambil tahu
Sambil ketawa engkau bilang satu per satu



Dia mungkin bengis seperti singa
Tapi dia nangis tonton cerita Korea
Dia mungkin keras bila bersuara
Tapi dia jelas jujur apa adanya
Aku lagi kenal dia



Dah lebih seratus lima puluh juta kali
Aku pesan padamu apa yang bakal jadi
Engkau dan aku ada mungkin tidak serasi
Engkau sangat manis aku ini pula dawai besi



Di setiap seratus lima puluh jutanya
Aku pun dalam hati semacam tak percaya
Apa kau lihat pada aku jujurkan saja
Terus kau cubit dagu aku sambil berkata


Sayang mungkin baran tak kira masa
Tapi sayang tahan kalau yang salah saya
Sayang mungkin saja keras kepala
Tapi sayang manja bila kita berdua
Saya kenal sayang saya



Buat apa dicerita
Bahagia kita rasa
Biar tak dipercaya
Peduli orang kata


Baju ronyok tak apa
Asal pakai selesa
Berkilau tak bermakna
Kalau hati tak ada



Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada


Aku mudah baran tidak semena

Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua




hehehe.. malu la tu ^_^


Wednesday, 6 February 2013

IMPIAN >>>>azam :-X




DREAM l IMPIAN

Bila kita cakap je pasal impian, setiap orang ade impian. Kita mudah ja sebut "impian" tapi kita tahu ka apa tu "impian"???

IMPIAN adalah sesuatu yang ingin kita raih, kita dapatkan, atau kita capai (ingat impian berasal dari kata IMPI, yang memiliki hubungan dengan kata MIMPI).


Now, dah nampak kan apa tu impian...
Bagi ana, masih banyak lagi impian ana yang masih belum tertunai.
Impian untuk bergelar mahasiswa sudah tercapai...
Namun, masih banyak lagi impian yang belum tertunai. Antaranya ialah ana nak bergraduasi dengan jayanya dalam jurusan yang ana ceburi sekarang dan menjawat jawatan yang kukuh dan mampu untuk menyara hidup keluarga. Secara MIMPInya, bila dah "grad" nanti, ana nak kerja dalam 5-7 tahun (kumpul modal) bila dah ada modal, ana berhasrat untuk membuka sebuah perniagaan (mini market ke) ... tapi, ana xkan berhenti kerja.  :-D dan yang paling penting, ana nak jaga ibu bapa :-) yela dah banyak diorang berhabis untuk ana.... tiba masanya semua pelaburan itu dibalas kan :-) 
Itu la angan-angan MIMPI ana :-X

Tapi... 
Ada satu lagi MIMPI ana yang paling besar,
Ana berhasrat untuk menubuhkan sebuah rumah kebajikan buat kanak-kanak terbuang :-) 
Semoga niat ini dipermudahkan dan dapat aku realisasikan dialam nyata :-)




Tuesday, 5 February 2013

Mahabbah is Cinta :-)


Hi... inilah dia antara karya hasil sentuhan BDK :-) Hit the comment plis :-P
Mahabbah is Cinta

Kala cinta menyelinap dalam jiwa,
Jiwa remaja yang rapuh umpama kaca,
Tika itu, aku berharap agar ianya terus lenyap,
Andai cinta itu mengundang durjana,
Nyahkan ia pergi jauh,

Andai tertulis disana kau bersamaku,
Andai kau yang menjaga rusukku,
Pasti satu masa, kau kan kembali,
 Kembali mengetuk pintu hati ini,
Ya Tuhan,
Aku titipkan rasa cinta dan sayangku padaMu,
Lindungilah kami dari fitnah keji manusia,
Jagalah dia dari tatapan helang berbisa,
Aku berserah padamu,

Ya Tuhan,
Ini rayuanku,
Ini doaku,
Untuk si dia yang ku kasihi dalam diam,
Dan juga untuk diriku yang tak seberapa ini,
Sematkanlah mahabbah cinta dihati keduanya,
Namun, pinta ku hanya satu,
sampaikanlah cintaku padaMu sebelum dia,


Saturday, 2 February 2013

Pengalaman : Pertandingan Penulisan Skrip Pendermaan Organ

Salam 'alaik
Hari ini suka untuk berkongsi tentang satu hasil percubaan pertama saya. Tahun lepas, saya telah menyertai satu pertandingan penulisan skrip khidmat masyarakat bertemakan pendermaan organ. Pertama kali menulis skrip berbekalkan ilmu penulisan sekolah menegah dan bergurukan youtube akhirnya aku mampu hasilkan karya pertama aku :-) sangat teruja. Bukan kemenangan yang nak dicari, tapi pengalaman dan penyertaan yang menjadi buruan... ni la hasil tulis aku. Aku akui banyak kelemahan yang ada sebab aku ni bukanlah pelajar jurusan yang berkaitan penulisan maupun sastera. Aku cuma pelajar jurusan sains dan hanya cuba-cuba sebab hadiah dia menarik ... aku tau aku xkan menang, tapi cuba itu penting kan, dapat sijil penyertaan pun sudah memadai :-) enjoy dan selamat bergelak tawa ...




PENULISAN SKRIP (TV)
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT (PSA)
PENDERMAAN ORGAN 2011

TAJUK:
“JOM MENDAFTAR SEBAGAI PENDERMA ORGAN”





RINGKASAN CERITA: Perbincangan mengenai “dermalah organ demi kehidupan”.
PERSEKITARAN     : Kawasan hospital, pesakit
PELAKON  : KALAM                 – berumur 27 tahun, seorang suami
                        EN RAJAN          – berumur 47 tahun,
GRAM            : MUZIK PENGENALAN.
Kamal sedang duduk dilobi hospital menanti isterinya yang sedang menjalani pemeriksaan kesihatan. Bersebelahan dengan En.Rajan. tiba-tiba lalu seorang doctor bersama dua orang jururawat sambil menolak pesakit diatas pengusung. Suasana agak cemas.(kedengaran suara doctor meminta orang ramai memberi laluan)
KAMAL          : eh, kenapa tu pakcik Rajan? Tergesa-gesa nampaknya…
EN RAJAN    : Oh, itu jiran saya. Kesian dia… sudah lama menderita sakit jantung…
KAMAL          : Habis, kenapa tidak menggunakan jantung makanikal saja?...
EN RAJAN    : Hm… jantung makanikal?... tinggi kosnya…mana lah orang macam kami    
              ni mampu…
KAMAL          : Kalau begitu, tak ada ke penderma organ yang sesuai?
EN RAJAN    : Setakat ni tak ada lah nampaknya(kesal)… nak buat macam mana,
                          orang kita ni kesedaran masih kurang. Kekurangan penderma. Susah
                        nak cari yang    
                        sesuai…
KAMAL          : Eh, kita ni sibuk bercakap pasal orang lain, pakcik ni dah berdaftar ke
               sebagai penderma organ?
EN RAJAN    : Hah…. Perlu daftar kah Kamal?
KAMAL          : Mesti la…. Saya dah daftar dah, dua tahun lepas… senang aja kalau
nak daftar… hanya perlu layari laman web Pusat Sumber Transplan   
Nasional, Kementerian Kesihatan Malaysia di alamat www.agiftolife.gov.my dan ikuti arahan selanjutnya… mudahkan….
EN RAJAN    : Wah, mudahnya, kalau macam tu saya pun mahu menjadi penderma     
                          juga… kita hanya perlu daftar secara atas talian di      
              www.agiftolife.gov.my  … hm…betullah, dunia memang dihujung jari…
   hahahaha ( sambil ketawa kepada Kamal)… semoga dengan 
   sumbangan kita, banyak nyawa yang boleh diselamatkan…(sambil 
   tersenyum)…
KAMAL          : … (berkata kepada penonton)… ha, tunggu apa lagi, dermalah organ
               demi kehidupan…
GRAM            : MUZIK PENUTUP
TAMAT