Followers

Saturday, 2 February 2013

Pengalaman : Pertandingan Penulisan Skrip Pendermaan Organ

Salam 'alaik
Hari ini suka untuk berkongsi tentang satu hasil percubaan pertama saya. Tahun lepas, saya telah menyertai satu pertandingan penulisan skrip khidmat masyarakat bertemakan pendermaan organ. Pertama kali menulis skrip berbekalkan ilmu penulisan sekolah menegah dan bergurukan youtube akhirnya aku mampu hasilkan karya pertama aku :-) sangat teruja. Bukan kemenangan yang nak dicari, tapi pengalaman dan penyertaan yang menjadi buruan... ni la hasil tulis aku. Aku akui banyak kelemahan yang ada sebab aku ni bukanlah pelajar jurusan yang berkaitan penulisan maupun sastera. Aku cuma pelajar jurusan sains dan hanya cuba-cuba sebab hadiah dia menarik ... aku tau aku xkan menang, tapi cuba itu penting kan, dapat sijil penyertaan pun sudah memadai :-) enjoy dan selamat bergelak tawa ...




PENULISAN SKRIP (TV)
PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT (PSA)
PENDERMAAN ORGAN 2011

TAJUK:
“JOM MENDAFTAR SEBAGAI PENDERMA ORGAN”





RINGKASAN CERITA: Perbincangan mengenai “dermalah organ demi kehidupan”.
PERSEKITARAN     : Kawasan hospital, pesakit
PELAKON  : KALAM                 – berumur 27 tahun, seorang suami
                        EN RAJAN          – berumur 47 tahun,
GRAM            : MUZIK PENGENALAN.
Kamal sedang duduk dilobi hospital menanti isterinya yang sedang menjalani pemeriksaan kesihatan. Bersebelahan dengan En.Rajan. tiba-tiba lalu seorang doctor bersama dua orang jururawat sambil menolak pesakit diatas pengusung. Suasana agak cemas.(kedengaran suara doctor meminta orang ramai memberi laluan)
KAMAL          : eh, kenapa tu pakcik Rajan? Tergesa-gesa nampaknya…
EN RAJAN    : Oh, itu jiran saya. Kesian dia… sudah lama menderita sakit jantung…
KAMAL          : Habis, kenapa tidak menggunakan jantung makanikal saja?...
EN RAJAN    : Hm… jantung makanikal?... tinggi kosnya…mana lah orang macam kami    
              ni mampu…
KAMAL          : Kalau begitu, tak ada ke penderma organ yang sesuai?
EN RAJAN    : Setakat ni tak ada lah nampaknya(kesal)… nak buat macam mana,
                          orang kita ni kesedaran masih kurang. Kekurangan penderma. Susah
                        nak cari yang    
                        sesuai…
KAMAL          : Eh, kita ni sibuk bercakap pasal orang lain, pakcik ni dah berdaftar ke
               sebagai penderma organ?
EN RAJAN    : Hah…. Perlu daftar kah Kamal?
KAMAL          : Mesti la…. Saya dah daftar dah, dua tahun lepas… senang aja kalau
nak daftar… hanya perlu layari laman web Pusat Sumber Transplan   
Nasional, Kementerian Kesihatan Malaysia di alamat www.agiftolife.gov.my dan ikuti arahan selanjutnya… mudahkan….
EN RAJAN    : Wah, mudahnya, kalau macam tu saya pun mahu menjadi penderma     
                          juga… kita hanya perlu daftar secara atas talian di      
              www.agiftolife.gov.my  … hm…betullah, dunia memang dihujung jari…
   hahahaha ( sambil ketawa kepada Kamal)… semoga dengan 
   sumbangan kita, banyak nyawa yang boleh diselamatkan…(sambil 
   tersenyum)…
KAMAL          : … (berkata kepada penonton)… ha, tunggu apa lagi, dermalah organ
               demi kehidupan…
GRAM            : MUZIK PENUTUP
TAMAT

No comments:

Post a Comment