Followers

Friday, 21 June 2013

Kisah Cinta Remaja




~Dengan Nama Allah Aku Bermula~

Kali ini, ingin sekalu daku kisahkan satu kisah remaja masa kini. Kisah perhubungan yang takkan pernah berakhir. Mereka sendiri tak pasti, adakah itu digelar percintaan atau pun tidak? Buat yang setia, setialah membaca kisah ini, dan anda nilailah sendiri...

Kisah bermula dengan satu pertemuan yang tidak dijangka disebuah sekolah. Si Adam menaruh hati dalam diam dek kerna takut diketahui. Hanya berani mencuri pandang dikala waktu mengizinkan.Si Hawa seakan dapat membaca perilaku Adam. Namun, ianya hanya berlalu begitu saja sampai satu detik Allah menguji si Hawa dengan satu dugaan yang tak tertanggung dek yang menanggung dan yang melihat. Mereka terpisah disitu.

Bertahun terpisah, si Adam dengan haluannya, si Hawa dengan haluannya. Banyak yang telah Adam lalui pada senggang waktu perpisahan itu. Adam lemah, tewas dengan godaan dan lalai dengan dunia. "Pengganti" Hawa datang dan pergi. Namun seorang pun tak dapat menggantikan tempat hawa dalam hidupnya. Bertahun berlalu, Seusia 19tahun, kisah mereka kembali bercerita. Tika ini, Adam dengan haluannya, Hawa dengan haluannya. Minat mereka berbeza. Seorang diutara, seorang ditimur tanah air. 

Setahun kisah mereka tercatat, si Adam memberanikan dirinya untuk meluahkan isi hatinya. Namun, dia tidak mengharapkan apa-apa, cuma sekadar buat pengetahuan si Hawa. Rupanya kumbang berjumpa bunganya. Namun, Mereka telah sama-sama tekad untuk memutuskan tiada hubungan terlarang antara mereka sebelum lafaz terlafaz. Biar masing-masing menjalankan tugas masing-masing sebagai anak dan pelajar terlebih dahulu. Jika benar Adam untuk Hawa, Hawa untuk Adam, takkan kemana....

Bagi adam, biarlah si Hawa kejar impian dan cita-citanya dahulu, Cita Hawa lebih penting dari Cintanya. Adam tetap menanti si Hawa walau apa jua terjadi...

:: maafkan ana kerana terpaksa bercerita kisah Adam dan Hawa disini...



Monday, 10 June 2013

:-D liku hidup dalam pengajaran

- Salam Alaik -
Lama rasanya tidak ana mencoret apa apa post mahupun sepotong ayat walau sepatah kata.
Memang ana akui, rasa rindu menebal untuk berkongsi cerita disini.
Buat masa ini, ana dan rakan seperjuangan sedang berada didalam medan perperangan ilmu diakhir semesta. Jika diungkap perjalanan sepanjang semester februari ini, banyak kisah suka dan duka yang ingin dikongsikan, namun biarlah inanya hanya terpahat dalam kotak kenangan ini. 

Banyak program yang telah ana sertai sebagai fasilitator atau pemudah cara. Banyak juga yang ana pelajari dari mereka. Latar belakang peserta yang variasi, dari anak orang berada, anak orang koperat, wakil politik, hinggalah kepada anak petani dan penoreh getah. Macam macam ragam yang telah ana jumpa dari yang sangat aktif, tak pandai membaca dan menulis hinggalah yang advanced dalam teknologi.Semua ini kehidupan, kita hidup di dunia yang sama namun status kita berbeza.

Kadang kadang kawan bertanya sebab dan asbab ana acap kali menyertai program seperti ini walau ana tahu kadang-kadang letih itu menyelubungi diri. Manakan tidak, terpaksa berbagi masa dengan tanggungjawab sebagai seorang anak, pelajar dan kepada Allah. Tapi ini juga tangunggajawab. Tanggungjawab Sosial.  Bagi mereka yang selalu bersama ana setiap kali program kalian mesti rasa sama apa yang ana rasa. Bila berjumpa dengan kumpulan pelajar yang berada, tidak bnyak keistimewaan yang ana dapat rasa dri mereka. Mereka seperti telah lali dengan bawaan dunia, tetapi bila dapat bersama dengan kumpulan sasar yang jauh nun dipendalaman, ana dapat rasakan yang mereka sangat istimewa. Walau pada pandangan pertama ana " Ya Allah, macam apa nak handle this kind of student?" ... tapi bila kita dah pegang hati mereka, sangat mudah untuk kita mendekati mereka. Dari sana ana dapat tahu, dalam mengendalikan golongan seperti ini, kita harus lebih sabar dan letakkan banyak harapan buat mereka. Tunjukkan yang kita kisah tentang mereka. Bila harapan mula bersinar dalam diri, maka kejayaan pastikan tiba. 

Dari sini juga ana belajar yang dalam setiap perkara yang kita lakukan, kita perlu ikhlas. Jika kita ikhlas nescaya satu rasa yang amat manis dihujung kesabaran itu. Ana yakin dengan ini!. Yang paling tersentuh dan terharu, walau dah lama ana tingalkan mereka di kem, tetapi mereka masih ingat akan keujudan diri yang kerdil ini. Tak kira apa tugas dalam kem, AJK Teknikal, Jurufoto, Modul... setiap dari mereka pasti mengingati diri kerdil ini. Hingga ada yang sanggup berhubung kembali melalui segala medium perhunbungan baik telefon hinggakan media sosial. :-) "isnt that awesome guys?"

INI CARA KAMI BERSOSIAL!!
- Bantu diri untuk bantu orang lain -