Followers

Sunday, 7 July 2013

Diari 14 Hari - Menabur Budi Menuai Bakti Kelantan selatan Dan Simpulan Kasih


Semuanya bermula bila ada ura-ura kata "habis sem ni ada program 2 minggu" wah... hati ni dah mula berteriak girang. Sampai satu masa dapat job kena jadi "ketua modul" untuk sebuah sekolah. Lagi lah teruja bila pertama kali aku diberikan peluang macam tu bersama 2 lagi kawan. Kami ambil keputusan untuk selesaikankan dulu peperiksaan akhir baru fokus nak buat modul.


23 Jun 2013 
Perjalanan aku bermula untuk kembali pulang ke UMK Kampus Jeli oleh kerana masih ada saki baki urusan yang belum diselesaikan menaiki bas pada jam 8.30 malam dan tiba di UMK KJ jam 4.30 pagi.

24 Jun 2013
Langkah pertama menyusun atur modul agar bersesuaian dengan tentatif bermula diselang dengan melangsaikan tugas-tugas yang masih tertunggak. Modul berganti "paper work Legacy"...  Petangnya, aku diberitahu hasrat cik ain agar aku dan sella dapat berada di UMK K.Kota esoknya. Pembahagian tugas dah dibuat. Aku akan "beraksi" si SMK Sungai Asap, Ain di SK Jeram Tekoh, dan Sella di SK Renuk Baru. Malamnya, selepas makan, aku dan Sella teruskan kerja kami di bawah surau UMK KJ dan waktu ni la kami berdua excited nak tau latar belakang sekolah masing-masing. aku terjumpa satu article yang tragis.  Sebuah article tentang kisah berakhirnya riwayat hidup seorang anak gadis dikawasan itu. Itu membuatkan kami berdua takut ditambah pula dengan sejarah yang pernah kami lalui bersama peserta sebelumnya... 

25 Jun 2013
Aku, Sella dan Affwan. Kami sama-sama setuju untuk bertolak ke UMK K.Kota lebih awal daripada yang dijadualkan. Niat nak naik bas, tapi sebab bas tu "cepat" sangat.... kami semua tak sabar. Last-last, Taxi juga kami naik sampai Tanah Merah. Kat Tanah Merah, nasib baik ade "abg faizal" tolong ambil kami bawa kami terus ke Kampus Kota. Sampai je Kota, bayangan aku kat satu peristiwa yang "skuad" kami ja tahu menghantui. aku seakan terbayang setiap jerit dan pekik suara mereka. Kami terus masuk ke pejabat Pn Masturah, Pegawai Psikologi UMK. Waktu ni la bermula segala "ketegangan". Dugaan demi dugaan muncul.  3 Ketua Modul bersatu dan kamu buat keputusan yang SK Renok Baru dan SK Jeram Tekoh menggunakan modul yang sama dan SMK Sg Asap dengan modulnya sendiri. Perperangan minda berlaku. Tambah rumit bila kawan-kawan yang sepatutnya tiba esok(26 Jun) dengan van Universiti dikhabarkan tiada sebarang pengankutan dapat disediakan buat mereka. Tambahlah kami risau sebab T.O.T untuk modul belum sempat buat lagi dan 27 Jun nanti team UMK dan bergabung dengan UPM dan UMS. Dalam meeting dengan Pn Mas, kami putuskan yang Affwan dan Uni bertanggungjawab untuk mengatur perjalanan ke Cameron Highland dan Jelajah Kelantan. Malamnya, kami dengan masalah kami. Modul belum siap di"compile", peralatan belum lengkap. Memang alamat... Terbukti semua kerja modul kami sial di"compile" jam 4.30 pagi. Macam-macam perangai pelik keluar bila dah pagi-pagi buat buat kerja tak siap. Anda memang tabah Sella, Ain, Mimi, Uni dan Affwan.

26 Jun 2013
Terima kasih buat team PRS UMK sebab anda semua boleh sampai hari ni. Kami yang dekat sini sangat berterima kasih sebab korang dapat mai ikut tarikh. Pada jam 12.00 tgh hari kami ada perjumpaan dengan Prof Rosdi, Pegawai ECER-UMK-KPT. Setiap kali jumpa denga Prof Rosdi ni, mesti buat aku ter"motivate" dengan kata-kata dia. "walau kita tak ada harta sekalipun, tetapi cuba buat kehadiran kita dirasai oleh komuniti". Ini yang sangat aku ingat sampai sekarang dan buat kami semua semangat nak teruskan tugas kami. Malamnya, memandangkan semua ada, kami teruskan dengan TOT. PRS UMK dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan aku ada 12 orang dan esok(27) 3 orang dari UPM dan 13 orang dari UMS. Siap TOT, modul diperkemas dan peralatan diperlengkapkan. Waktu ini lah sekali lagi kekecohan berlaku. Bila modul LDK sama, ketiga-tiga Ketua Modul mula berebut barang LDK. Kalau biasa, kita sama-sama tolong menolong, tapi malam ni, siapa cepat dia dapat. Wah, riuh rendah bilik PRS tu. Ain dengan "jealous" dia, Sella dengan "maklong" dia... aku??? panjang akal nak kenakan Ain :-D ... Habis bilik Pn Mas kami "selongkar" gara-gara nak cukupkan peralatan. 



 27 dan 28 Jun 2013
Aku, Ain, Sella, Kak Ijan dan En Azry. Kami bertolak ke Sekolah masing-masing menaiki kereta dan bertemu team PRS UMK di sana. Pada tika ini, aku tak tahu apa yang berlaku dengan team Ain dan Sella. 

Di SMK Sg Asap.
Ya Allah, kecut perut aku bila tiba-tiba dimaklumkan dekat sekolah ni ada majlis perasmian besar-besaran ditambah pula dengan kehadiran media. Dan sebelum sampai aku dan Ain telah dikhabarkan dengan satu berita yang buatkan kami berdua "kecut perut". Biarlah rahsia..... Majlis perasmian berjalan lancar. Dan berakhirnya majlis perasmian, maka bermulalah tugas aku. Menjadi Fasi termuda dan menggalas tugas sebagai Ketua Fasi memang mencabar. Orang kata, slot Ice Breaking berjalan lancar. Tapi, bagi aku, tidak. Namun, Alhamdulillah, dengan kekuatan team yang sangat hebat dan flexible amat-amat membantuku. Semangat kalian meresap dalam diri dan terus membangkitkan semangat aku. Rasa bersalah buat Team UPM dan UMS sebab waktu ketibaan mereka di SMK Sg Asap, aku tak dapat sambut. Yang aku mampu pada tika itu, hanyalah pandangan dan senyuman buat mereka. Di SMK Sg Asap, memang aku tak dapat berhubung lansung dengan Ain dan Sella kerana tiada liputan Maxis dan Internet COnnection aku dalam keadaan Disconnected. Dengan kukuatan yang ada, Alhamdulillah, kami mampu untuk harungi program 2 hari ni :-D






.



terbitan UMK


terbitan Utusan Malaysia
29 Jun 2013
 Hari ni seronok gila sebab kami dapat jumpa adik-adik SINAR ECER dekat Taman Agropolitan Kelantan Selatan (Rantau Manis) Gua Musang. Kali ni kami ditugaskan seorang fasi 2 orang "adik".


Fattah and Sue



Mira dan adik2nya


Fattah and Sue blaja molep deh :-D ado maso kito jupo lagi deh

suasana dalam dewan





A.Hariz , Anis dan Kak Ain

Kita jumpa lagi tau adik2 ECER



Habis Class,,,, jom Jalan2












kami jumpa ice blanded murah :-D
30 Jun 2013
Dari Taman Agropolitan, kami PRS UMK dan KRS UPM teruskan perjalanan kami ke Cameron Highland.













kwan2 UPM



















KAMI



kak yam


:-D faizal
1 July 2013
Perjalanan diteruskan di sekitar kelantan. Pasar Besar siti Khadijah, Masjid Beijing, Rantau Panjang, dan Wakaf Che Yeh.


sebelum Explorace Extreme bermula.
DI Pasar Besar Siti Khadijah, kami buat satu "game" nama Explorace Extreme. Time ni, kami perlu kumpulkan RM150 satu kumpulan dan hasil nya akan didermakan pada golongan yang memerlukan. sangat mencabar.

Masjid Beijing


















2 July 2013 (Majlis Penutup)
Berlansung di Auditorium Perdana UMK Bachok.


kawan2 UPM




Pn Mas dan En Azrey

dengan En Azrey

Perpisahan dimata bukan dihati

3 - 5 July 2013
Tamat dengan SImpulan kasih, Sambung dengan program Steps Toward Ambitious Realization (STAR) SK Chenulang, Kuala Krai, Kelantan. Program Motivasi UPSR.

bukan senang datang program dapat hadiah :-D


knpe msm ni dik?

















walau penat, tapi banyak aku belajar dari program kali ni.
Credit should be given to those who had give their very best for this program, Mimi.. u r awesome :-D 







3 comments:

  1. SESUNGGUH PROGRAM NI MEMBUAT KITA SEMUA SEMAKIN AKRAB. SELAMAT MAJU JAYA BUAT TEAM PRS UMK. TOGETHER WE ARE ONE. :)

    ReplyDelete
  2. betul, dgn progrm ni, aku makin syng dgn PRS, pastu satu bnde yang xpercaya, even kita 2 kampus jrng jumpa, tp kita bolh rapat gila2 mcm adik bradik,, kongsi2 barang,,,,, tidur skali,,, :-D mmg together we r one, xsbr nk tunggu fmly day next sem

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 kte nnt kn... aq dlu yg amat kekok dgn korg yg dri kampus jeli ni. skrg aq x rse bnde mcm 2... seolah2 kte x brada di 2 kampus yg berbeza..

      Delete