Followers

Wednesday, 1 January 2014

2013: Tinta yang mencari

Alhamdulillah, Allahu Akbar

Tahun 2013M telah berlalu dengan seribu satu onak duri dan ranjau. Ku tempuh dengan berani segala alunan yang datang walau kadang kala jatuh terduduk dek lincinnya jalan yang dilalui. Namun, bersyukur atas keberuntungan yang didatangkan khas oleh Al-Khaliq. Didatangkan orang-orang hebat di atmosfera hidup ini. Keluarga, Kawan, dan semuanya. Terima kasih kerana sudi menjadi pencinta, penolong, penyokong dan tak lupa juga pendengki, penjatuh dan pengkritik. Kehadiran anda telah memberi seribu inspirasi dalam hidupku. Perjalanan sepanjang banhtera 2013 banyak mengajar aku untuk bangkit dan terus bangkit. Perjalanan sebagai mahasiswa, besar tanggungjawabnya. Disulam pelbagai kepercayaan yang disemat dan diamanahkan amat berharga. Walau kadang kala diri ini selalu kecundang, tetap kita teruskan. 

2013 bermula dengan Fasilitator Master Your Leadership SMK Dato Perdana, Bachok. Diteruskan dengan Step Toward Ambitious Realisation SK Kuala Krai 1, STAR SMK Dato Hj Mohd Taib, Chemor, Perak, Kem Power SINAR ECER, Fasilitator MPPB Kolej MARA Kulim, Program Menabur Budi, Menuai Bakti Kelantan Selatan, Penceramah Jemputan di Program FSB tour di SMK Jeli, Kelantan,Program Lawatan Muhibbah PPKS UMK, Program susulan bersama adik-adik ECER SINAR dan Program Pembangunan Modal Insan SINAR. Banyak mengajar aku erti kehidupan. Harapan. Cita-cita. Kemanusiaan. Impian. Paling berat apabila ingin memutuskan untuk meninggalkan pimpinan Persatuan Bekas Pelajar PPKS UMK. Tapak yang aku sendri dan rakan-rakan menjadi pengasas harus ku tinggalkan dan serahkan keujudannya pada pimpinan lain amat berat. Namun, serah bukan sebarang serah. Datang yang lain. Secara rasminya, aku naikkan sebagai YDP Pembimbing Rakan Siswa Universiti Malaysia Kelantan untuk tahun 2014/2015. ALLAH. 

Tinta ini bukan menunjuk, tapi ingin dihati mengarang peristiwa buat tatapan diri ini dan generasi akan datang agar mereka tahu yang aku bukan mahasiswa layu yang hanya mengejar "pointer" sahaja, aku bukan mahasiswa "zombie" yang berkurung dibilik.Tinta ini  buat pengajaran hidup, ingin berkongsi apa yang dirasa dengan semua agar kita sama rasa apa yang orang rasa. 

2014 datang dengan seribu tanda tanya dan ketidakpastian. Apa yang ada dihadapan? Semoga kita bersama-sama dapat berpimpin tangan menuju ke jalan yang diredhaiNya. 

Terima Kasih Semua, Syukran Jazilan a'la kulli hall.